Thursday, January 27, 2011

Lebih Daripada Sekadar PhotoBlog

Salam semua,

Mungkin ada yang pernah membaca blog lama aku iaitu 'Betapa Indahnya Negeri Orang'. Kononnya aku janjikan post-post baharu dalam blog tersebut malangnya disebabkan kekangan masa, selain masalah kurang 'familiar' dengan settings WordPress, menyebabkan blog tersebut bersawang begitu sahaja. Sekarang ni diharapkan agar blog yang baharu ni takkan bersawang seperti sebelumnya dan aku akan cuba muatkan gambar-gambar menarik sepanjang kembara tak kira di luar negara, mahu pun di dalam negeri.

Aku menggunakan header yang sama seperti blog sebelum ini bagi memudahkan sesiapa saja yang pernah singgah di blog sebelum ini maklum bahawa tuan punya kedua-dua blog adalah orang yang sama. Memandangkan aku akan menjadi begitu malas untuk membuat catatan panjang lebar seperti posting Melancong ke Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam tu, maka dalam blog kali ini akan memuatkan lebih gambar berbanding catatan. Namun begitu, aku akan cuba selitkan sedikit fakta dan maklumat berguna, boleh dijadikan sebagai panduan. Mana tahu ada yang nak pergi ke tempat-tempat yang aku pernah lawati ni kan...

Selamat membaca...

P/S: Mungkin ada yang perasan beberapa post 'back dated'. Sebenarnya kebanyakan post dah dikarang sebelum ini tapi tak sempat langsung nak dimuatkan dalam blog. So harap2nya tak menjadi masalah ya...